Wednesday 20 June 2012

Peta Minda..part 1 : Kenapa saya fobia ?

Sebelum saya memulakan coretan ringkas ini teringat kata-kata seorang ahli fizik wanita yg sangat terkenal iaitu Marie Curie. Pada zamannya (awal kurun ke 20) hampir mustahil seorang wanita mampu menjadi santis fizik radioaktif . Cabaran  dengan kemudahan makmal yang terhad tidak menghalang beliau dari  berjaya menemu serta memisahkan elemen baru Radium. Hasil penemuannya,pemahaman tentang teori dan proses sains fizik nuklear berkembang dengan pantas .

Marie Curie percaya bahawa  “Nothing in life is to be feared, it is only to be understood "..

Sejak dulu orang kita banyak sangat 'ketakutan' tentang sesuatu yang tak difahami. Sehingga kini kita takut (dan ditakutkan) dengan entiti  di perkuburan walhal menurut cerita pelajar Melayu di Mesir kisah 'hantu' di sana hampir 'zero' malah rumah-rumah dibina dalam kawasan kompleks perkuburan.

Ketakutan berpanjangan tanpa sebab yg jelas dan berfakta dinamakan paradigma. Ketakutan paradigma ini suatu 'penyakit' yang menghalang kemajuan akal, kerohanian dan sosial.



Begitulah juga nasib Peta Minda (PM) yang dicipta oleh Tony Buzan. Ramai  orang kita 'ketakutan' tanpa sebab yang jelas terhadap PM. Mungkin kerana mereka tidak benar-benar memahami atau mendalami betapa hebat ciptaan PM ini. Mungkinkah juga  majoriti kita tak pernah pun membaca karya-karya beliau? Adakah kerana PM bukan dicipta oleh orang Islam ? Hakikatnya, semua ciptaan berasal dari ilham yang dikurniakan oleh Allah atas sifat RahmanNya. Hukum adat atau tabie ( sains) ciptaan Allah swt membuktikan barang siapa telah memenuhi syarat-syarat termasuk berdispin, beradab  bersungguh-sungguh akan dibukakan 'pintu ilmu' dunia ini. Terlalu banyak nak diberi contoh di sini; Alva Edison, Orville Wilbur Wright, Alexander Graham Bell, Louis Pasteur dll.

Tony Buzan sekarang dah tua. Saya ada terpandang buku arwah Abang yg baru meninggal dunia secara tiba-tiba 2 bulan lepas. Beliau sejak usia muda suka buat self discovery . Hairannya bagaimana buku terawal Tony Buzan sudah dimilikinya pada tahun 1970an lagi. Beliau yang suka membaca selalu berkata orang kita selalu terlambat. Cuma yang tak terlambat ialah Prof Di Raja Ungku Aziz. Beliau mungkin sahaja orang pertama yang mencipta kaedah 'jogging'. Juga berpuluh teori seperti kesan protein kepada otak 30 tahun sebelum saintis menemui buktinya. PM yang pertama saya temui ialah pada tahun 1985 iaitu ketika di tingkatan 4 di MRSM Balik Pulau. Suatu hari tiba-tiba saya terpandang bagaimana anak lelaki Prof Nik Rashid ( seorang lagenda penubuhan ITM sekarang UiTM) sedang tekun menulis nota-nota dlm bentuk PM. Belum pernah sekalipun mendengar apatah lagi melihat mana-mana guru atau dalam media tentang PM. Setelah meneliti beberapa ketika,suatu perasaan takjub menjelma. Beliau memberitahu bahawa ayah beliau (Prof Nik Rashid-sudah meninggal 5-6 tahun lepas) yang mengajarkan teknik-teknik 'rare' ini.

Sehinggalah PM menjadi popular bermula tahun awal 1990an namun  masyarakat kita seperti tidak begitu memahami dan menghayati kelebihan PM yang amat ketara ! Kemungkinan pendekatan dan pengenalan kepada PM kurang sesuai atau berjaya serta terlalu 'rigid' cara membinanya. Guru atau fasilitator yang mengikuti kursus PM kebanyakannya saya lihat tak mengamalkan sistem nota PM ini. Mungkin orang kita suka benda-benda yang 'ready made' seperti mana hal-hal lain. Ada juga orang kata yang orang kita bila orang lain buat diapun nak buat tanpa memahami atau cuba 'synchronised' atau mengasimilasi sesuatu teknik yang baru dalalm kehidupan. Orang kita suka nampak 'banyak' baru kelihatan hebat atau cerdik berbanding orang lain. Maaf sekiranya saya begitu cepat membuat konklusi. Ada benarnya seperti mana kata-kata GC Zuliana : "Sesuatu yang baru (PM bukan baru !) perlu ada 'soft landing' barulah  mudah diterima"..kan kan..Bila dah 'landing' terus baring tak mahu bangun-bangun dah. Wallahu'alam

Satu lagi produk Tony Buzan ialah  Institusi Buzan. Institusi  yang tersebar di negara-negara maju ( sekarang dah ada di Malaysia?) berjaya melahirkan manusia super-memori sehingga kebolehan mengingati (serta kreativiti)  pelajar-pelajarnya mencapai berpuluh malah dikatakan beribu kali ganda dari insan biasa (Bacalah biografi ringkas beliau di sini..klik). Setakat mampu mengingat 12,000 nama dalam masa yang teramat singkat itu adalah 'biasa' di sini. Seorang rakyat negara ini yang dikatakan belajar di  institut Buzan di Singapura (?) pernah berjaya menjadi juara World Memory Competition lebih kurang 10 tahun lepas.

Semuanya bermula bila Tony Buzan mengkaji bagaimana otak berfungsi dalam pembelajaran sehingga berjaya mencipta kaedah yang begitu hebat. Jika kita masih mempunyai mempunyai halangan paradigma berhadapan PM maka sudah pasti maklumat dan pengalaman yang 'tidak tepat' kita perolehi.

Kenyataan bahawa peta minda ini sesuai untuk mereka yang berfikiran 'global' atau 'universal' adalah suatu alasan terbaik buat mereka yang 'sceptic'.

Persepsi mempengaruhi cara berfikir dan kepercayaan seseorang. Kepercayaan membawa kesan kepada fizikal dan emosi yang seterusnya tindakan seseorang.

Mereka yang tergolong dalam golongan yang fobia PM atau anti-PM sewajarnya re-programming minda masing-masing. Jika tidak tak jauh bezanya dengan orang Itali. Orang Itali percaya bahawa makanan mereka yang terbaik di dunia ini. Oleh itu  tidak 'terbuka' selera mereka untuk mencuba masakan dari negara-negara lain. Untunglah orang England. Mereka mempunyai persepi sebaliknya. Jika orang Itali mendapat nikmat sekali,orang England mendapatnya berkali-kali dalam pelbagai bentuk.

Cari dan dapatkanlah salah satu 'nikmat ilmu'  iaitu Peta Minda ini. Saya bukan dalam 'delusi' atau paranoid dengan pandangan serta keinginan majoriti. Teringat seorang kawan yang dipindahkan ke Mersing. Beliau benci dengan laut. Buat apa tengok air. Kat rumah pun ada banyak air. Dia sayang akan kereta Honda Accord barunya. Dia takut keretanya rosak akibat tempias ombak laut yang membawa garam. Cikgu tu bertahun-tahun membina persepsi 'anti-laut'. Moga kita tak tergolong di kalangan orang-orang yang tidak menghargai nikmat Allah.

Sudah cukup saya 'meroyan' di sini. Buat mereka yang suka 'melayan' coretan saya ikuti Peta Minda part 2..Tungguuuu




Monday 11 June 2012

Cara nak melengkapkan pendaftaran untuk jadi ahli /penulis Portal

Salam sahabat:


Sebelum melengkapkan menjadi ahli, penulis atau blogger Portal ini pastikan prosedur ini telah di buat :

1. Isi borang pendaftaran
2. Menerima jemputan (check email)

Inilah langkah terakhir..




Langkah 1



Langkah 2
Langkah 3
Langkah 4
 Syabas dan Tahniah  !

Saturday 9 June 2012

Bio Spark: Selamat Berkursus di Langkawi

11-14 jun 2012
Tempat 
Hotel Grand Continental Kuah
Nota :
Pembinaan Handbook 
Bio-Text

Borang Pertanyaan..

Assalamualaikum wbt,

Sahabat-sahabat yang dikasihi.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan atau kemusykilan atau apa-apa cadangan,komen atau aduan boleh sahaja sampaikan di sini. Semua pertanyaan adalah rahsia dan peribadi (confidential)

 Terima kasih

Admin

 Isikan sekarang..

Thursday 7 June 2012

Cara meletakkan pautan (link) dalam artikel

Contoh sahaja :

Keputusan SPM biologi sesebuah sekolah bergantung kepada 3 faktor iaitu IVF [ klik untuk info lanjut]. Sesebuah sekolah perlu mengambil kira ketiga-tiga..


 ------------------------------------------------------------------------------------------------------


Bagaimana cara nak  buat patutan/link  seperti ayat di atas ? Ikuti langka-langkah berikut :

Semak Status Permohonan Keahlian


Assalamualaikum wbt.

Terima kasih kerana telah mendaftar keahlian di Portal Mara Bio Teachers. Jika belum berbuat demikian sila klik di sini [ pendaftaran ]

Pihak Admin akan mengambil masa 24-48 jam hari bekerja untuk memproses permohonan saudara/i

Setelah itu saudara/i bolehlah menyemak status permohonan di email yang digunakan semasa pendaftaran.

Inilah langkah seterusnya..

Pendaftaran keahlian

Assalamualaikum wbt

Terima kasih kerana sudi melayari Portal Mara Bio Teacher. Di sini saya menjemput semua guru Biologi MRSM se-Malaysia untuk mendaftar keahlian.

Tujuan pendaftaran :

1. Menjemput sahabat-sahabat semua untuk menjadi penulis (bloggers) laman ini
2. Apabila borang sudah diisi dan dihantar, pihak Admin akan menyemak kesahihan dan seterusnya menjemput saudara/i  melalui email masing-masing (seperti mana di dalam borang)
3. Seterusnya saudara/i diminta mengesahkan keahlian ( lihat panduan)
4. Setelah itu saudara/i bolehlah menggunakan Portal ini untuk terbit artikel, perkongsian, komentar dan lain-lain

Sunday 3 June 2012

Selamat Datang !



Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah , syukur kita ke Hadrat Ilahi kerana dengan KeizinanNya dapat dimulakan langkah awal pembinaan Portal MARA Educators Group. Berbanyak terima kasih kerana kesudian menziarahi dan menyertai Portal Mara Educators Group. Sebelum ini telah ada usaha beberapa guru Biologi MRSM dengan membuka blog peribadi untuk berkongsi bahan-bahan dan pandangan namun sudah tiba masanya kita bersatu mengembeling tenaga dan fikiran ke arah memantapkan lagi organisasi kita.