Sunday 3 June 2012

Selamat Datang !



Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah , syukur kita ke Hadrat Ilahi kerana dengan KeizinanNya dapat dimulakan langkah awal pembinaan Portal MARA Educators Group. Berbanyak terima kasih kerana kesudian menziarahi dan menyertai Portal Mara Educators Group. Sebelum ini telah ada usaha beberapa guru Biologi MRSM dengan membuka blog peribadi untuk berkongsi bahan-bahan dan pandangan namun sudah tiba masanya kita bersatu mengembeling tenaga dan fikiran ke arah memantapkan lagi organisasi kita.

Langkah ini menepati sebagaimana hukum tabii/sains atau lebih dikenali sebagai The Law of Attraction :  'The more you give even the more get' kerana asasnya Allah itu sumber ilmu dan semua ilmu dan informasi yang baik wajib disampaikan. Hakikatnya Dunia Barat telah mendahului kita dari menyampaikan ilmu melalui dunia IT dan kini tibalah masanya kita sebagai umat terbaik membuktikannya. Ilmu yg kita miliki ini pun hanya setitis dari lautan Ilmu Allah dan InsyaAllah kita akan dibukankan pintu Perbendaharaan Ilmunya andai kita menuruti adab ilmuNya. ‘Creativity is Universal’ dan semua sumbangan idea dan bahan dianggap penting di portal ini, InsyaAllah. Dikatakan juga budaya menulis suatu tabiat harian yang sewajarnya buat seorang saintis kerana akan mengaktifkan otak kanan dan kirinya sekaligus. Ini lebih baik dari seorang saintis yang hanya membuat kajian tanpa menghasilkan sebarang artikel penulisan. Mukmin yang baik lebih baik dari mukmin yang lemah. Wallahu’alam

Kenapa portal ini diwujudkan ?

Secara ringkas yang dapat dimuatkan di sini:
  • Saiz keluarga guru-guru Biologi semakin besar. Semakin sukar untuk kita bertemu dan berkongsi maklumat.
  • Mesyuarat Guru Kanan hanya 1 kali setahun sahaja. Portal ini dikira merupakan mesyuarat atau perjumpaan ‘susulan’ atau lebih kepada persidangan harian semua guru biologi Mara
  • Bahan-bahan dalam mesyuarat atau GK dapat disampaikan dan diakses dengan mudah
  • Kesukaran untuk merujuk bahan-bahan dalam simpanan/fail dapat di akses di sini.
  • Perkongsian bahan dan maklumat kerana tidak semua kita mempunyai bahan yang lengkap.
  • Tips SPM, teknik,bahan-bahan P&P, software dan lain-lain dapat dikongsi dengan pantas oleh KPP,GC,GK atau mana-mana guru bio yang didapati dari mesyuarat, kursus,bengkel, seminar atau media
  • Sebarang pertanyaan & permohonan (spt seminar GC, teknik2 menjawab dll) dapat diajukan dengan pantas
  • Menyeragamkan dengan pantas semua kemahiran dan maklumat semasa guru-guru Bio
  • Guru-guru Biologi boleh menyampaikan pertanyaan atau permintaan khusus kepada KPP atau GC biologi
  • Tujuan akhirnya untuk guru-guru Bio 'upgrade' ilmu, kemahiran,kreativiti selain memudahkan spt perkongsian tutorial,soalan,teknik menjawab, nota, RPH dll

Adakah Facebook Group tak cukup?

Setakat ini Mara Bio Educator Group sudah banyak menyumbang bakti dalam pertemuan dan perkongsian ‘alam maya’ antara guru-guru

-Masalahnya ialah FB hanya mempunyai satu label iaitu 'Doc' untuk semua dokumen. Oleh itu sukar untuk membuat rujukan atau diuruskan secara sistematik seabagaimana portal. Begitupun aktiviti FB ini masih diperlukan dan patut dikekalkan.

Adakah susah untuk menerbitkan artikel/posting?

Hakikatnya, penulisan artikel di blog tidak memerlukan
 -ayat panjang-panjang

-bahasa terlalu saintifik
-tak perlu terlalu teknikal

Yang pentingnya matlamat apa yang ingin disampaikan tercapai


Mungkin juga guru-guru hanya perlu

-copy & paste artikel asal

-paste video

-upload foto dan sedikit penerangan

-Link laman web

-Link muat-turun (download) dari File hosting spt Mediafire (Lihat panduan dalam artikel akan datang)

Bagaimana nak terbit artikel (Posting)?

Secara ringkasnya  langkah atau kemahiran yang perlu ada ialah:

1. Jadi ahli (atau blogger)..rujuk panduan
2. Klik New post
3. Kenali icon-icon
4. Cara nak masukkan gambar/imej

5. Cara nak masukkan video

6.Cara nak buat link

7. Cara nak simpan fail dalam hosting dan dapatkan link download

Begitupun jangan bimbang kerana semua artikel yang diterbitkan boleh diedit. Boleh dibaiki ayat, kesalahan, ditambah bahan dll.

Cuma satu langkah yang amat penting sebelum menerbitkan (publish) artikel ialah melabelkannya. Label-label yang ditetapkan di sini ada seperti ‘KPP Bio’, ‘GC Bio’, ‘Tips SPM’ dan lain-lain. Artikel yang akan di ‘sort out’ dan masuk ke halaman(page) mengikut label-label tadi.

Sahabat-sahabat semua perlu mencuba menerbitkan artikel. Jika salah boleh diedit. Jika mahu membuangnya hanya ‘remove’ atau ‘delete’ post sahaja. Jika ada masalah tulislah dalam satu artikel dengan tajuk (title) masalah tersebut. Labelkan dengan ‘Pertanyaan’. Saya dan sahabat-sahabat lain sedia membantu setakat termampu.


Tiada siapa SEMPURNA..


Tiada siapa dilahirkan sempurna serba-serbi. Lebih-lebih lagi sahabat-sahabat semua bukan pakar bahasa. Bahasa sebagai alat penyampaian sains bukan matlamat sains. Penemuan, idea dan hipotesis dalam sains juga perlu sentiasa diperbaiki. Sahabat-sahabat semua terbitkanlah artikel  ikut kreativiti, cara,gaya dan  kebiasaan masing-masing.

Penutup

Akhir kata terima kasih kepada para KPP Biologi, GC Biologi, GK Biologi dan sahabat-sahabat guru Bio yang bersedia menjadikan portal ini sebagai pusat perkongsian idea,pendapat,pengalaman dan kemahiran. Penerangan di atas hanya garis panduan asas sahaja. Tiada peraturan tertentu bagaimana sahabat-sahabat menyampaikannya kerana bergantungan kepada kreativiti masing-masing. Setiap sumbangan bahan di sini amat dihargai tak kira seringkas atau sekecil mana sekalipun. Begitu juga sekerap mana anda menerbitkan artikel (posting) juga bergantung kepada kehendak dan keperluan individu. Jika sahabat-sahabat tak pernah menulis sebarang artikel di blog maka anggaplah sebagai latihan atau belajar sebagaimana selalu kita nasihatkan anak-anak didik. Moga setiap usaha dan pengorbanan kita Allah swt akan membalas dengan kejayaan kita dan anak didik di dunia dan akhirat. Sebarang kesalahan atau kelemahan harap ditegur dan diperbaiki begitu juga jika ada cadangan atau idea minta disampaikan.

Ikhlas daripada :

Abdul Rahman b Ahmad
MRSM Mersing

rahman.mersing@yahoo.com

2 comments:

  1. Assalamualaikum..
    Tahniah dan terima kasih kpd sdra Rahman yg membina web ini. semoga semua dpt berkongsi dan dpt manfaatnya.. wallahualam..

    -fauzi mrsm serting :)

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam bro CEO Mara Bio Educators Group. Sokongan saudara amat bermakna dan suatu penghargaan serta galakan untuk semua guru-guru bio untuk sharing di sini. Saya sedang memikirkan untuk membuat 'secure link' untuk kita semua upload bahan-bahan ke sini dan hanya guru2 bio Mara shj yg dapat download. Pilihan terbaik skrg Media Fire..Any suggestion?

    ReplyDelete